About Me

My Photo
Melaka, Malaysia
Profesional make up,designer busana perkahwinan & dekorasi dr wiwin.Dapatkan sentuhan dan kepakaran Wiwintouch di hari istimewa anda, hubungi kami di talian 019- 6591253. Email wiwintouch@yahoo.com Alamat Butik :- C01 Peringgit Point 75320 Melaka [Sila buat temujanji sebelum datang ke butik kami]

Wednesday, February 22, 2012

Aturcara majlis perkahwinan Melayu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entri ini dibuat hasil pemerhatian dan pengalaman wiwintouch sepanjang mengatur majlis pernikahan/ perkahwinan.
Perkara yang orang nampak macam remeh TAPI penting sebenarnya.

Satu contoh yang baik untuk dijadikan rujukan oleh mana-mana bakal pengantin yang akan
melangsungkan majlis perkahwinan. Sekurang-kurangnya semua orang terutamanya keluarga
dan mereka yang bekerja (Mak Andam /photographer/videographer/mc/ atau siapa saja) boleh membayangkan
perjalanan majlis tersebut dan pastinya segala perancangan boleh dibuat sebelum majlis berlangsung.

Biasanya di dalam hiruk pikuk majlis perkahwinan kadang-kadang ada saja perkara yang tertinggal atau terlupa. Jadi dengan aturacara majlis sebegini pasti ianya akan berjalas teratur dan lancar. InsyaAllah.

Sekiranya majlis anda berlangsung majlis pada siang hari, kebiasaannya ianya akan berlangsung
dari pukul 12 sehingga 4 atau 5 petang. Banyak perkara boleh dilakukan dalam masa 4 atau 5 jam ini.
Percayalah sekiranya anda tidak merancang masa perjalanan majlis ini pastinya anda akan mengambil
masa yang lebih dari apa yang sepatutnya.

CTH 1

Aturcara Majlis 21 Jun 2009

11.45 pagi

: Ketibaan tetamu (Lagu-lagu pengantin & nasyid)
- aluan kedatangan tetamu sahaja MC PA SISTEM


1.00 petang

: Ketibaan Mempelai dan Pihak Lelaki (Kompang) MC - My Aunty
: Kompang / bersanding (2-3 minit)
: Bacaan doa oleh Ustaz

1:30 Petang
: Merenjis: (Lagu-lagu Gamelan sahaja)
- Pihak Lelaki & pihak Perempuan
: Makan Beradap (Lagu-lagu romantik)
: upacara memotong kek (Lagu rindu – Kerispatih)

2:30 Petang

: Bergambar bersama keluarga pihak lelaki dan kawan-kawan
: keberangkatan pulang keluarga pihak lelaki
: Bergambar bersama keluarga pihak perempuan

4.30 petang

: Majlis selesai


Secara ringkasnya inilah aturcara majlis perkahwinan utk org melayu. Jika anda faham dan hafal aturcara ini saya pasti majlis anda akan berjalan lancar. MAk Andam & Photog juga
dapat menjalankan kerjanya dengan baik, dan majlis yang berlangsung sempurna dapat menjimatkan masa, sekiranya masa diambil terlalu lama dan meleret-leret ia akan memberi kesan terutamanya kepada pasangan pengantin dan orang lain. Biasalah bila dah penat, senyum pun keras je :-)


Manusia merancang tuhan yg menentukankan, yg membuatkan kita gagal apabila kita gagal merancang. So rancang aturcara anda, sediakan apa yg perlu dan tidak perlu, dan semoga majlis anda akan berjalan dengan begitu meriah sekali. InsyaAllah.. 

P/s - 
www.tips-fb.com

2 comments:

Cik Fizza Lovalova said...

Scare kasarnya mmg begini la aturcaranye kn.
Thx for sharing :-)

Cik Fizza Lovalova said...

Scare kasarnya mmg begini la aturcaranye kn.
Thx for sharing :-)